Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Info Balai Balai Polis Paka

Published: 30 Sep 2019 5.45 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Balai Polis Paka, Terengganu telah dibina sekitar tahun 1953 di mukim Kuala Paka di atas kawasan seluas 0.557 hektar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/info-balai-balai-polis-paka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:55 MYT

Balai Polis Paka, Terengganu telah dibina sekitar tahun 1953 di mukim Kuala Paka di atas kawasan seluas 0.557 hektar.

Balai tersebut kemudiannya dibina baharu pada 24 Disember 1990 dan upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Polis Terengganu ketika itu, SAC I Dato’ Haji Idris Haji Abd Wahid.

Kawasan pentadbirannya pula seluas 100 kilometer persegi, yang mana sebelah selatan balai tersebut adalah bersempadan dengan Balai Polis Kerteh, Terengganu.

Kini, jumlah keanggotaannya adalah seramai 33 orang dan diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP).

Sebagai rekod, Balai Polis Paka pernah menjadi Johan kategori 'A' dalam Anugerah Balai Polis Cemerlang Tahun 2009.

Alamat: Balai Polis Paka, 23100 Paka, Dungun Terengganu

Talian telefon: 09-8271222

Image may contain: house and outdoor
ArticlePublished 30 Sep 2019 5.45 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM