Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Info Balai Balai Polis Kepala Batas

Published: 22 Nov 2019 4.27 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang yang terletak di Jalan Kedah, Kepala Batas telah dibina seawal tahun 1973 dan dirasmikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu, Tuan Tan Gim Kheng.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/info-balai-balai-polis-kepala-batas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:07 MYT

Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang yang terletak di Jalan Kedah, Kepala Batas telah dibina seawal tahun 1973 dan dirasmikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu, Tuan Tan Gim Kheng.

Selepas hampir 33 tahun beroperasi, pentadbiran balai tersebut telah dipindahkan ke sebuah bangunan baharu pada 1 Ogos 2006 yang terletak dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

Meliputi kawasan pentadbiran seluas 40 kilometer persegi, Balai Polis Kepala Batas diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dengan dibantu 95 Pegawai Rendah Polis pelbagai pangkat.

Penugasan balai turut dibantu empat pondok polis iaitu Pondok Polis Penaga, Pondok Polis Permatang Bendahari, Pondok Polis Kuala Muda dan Pondok Polis Bumbung Lima.

Alamat balai: Balai Polis Kepala Batas, Jalan Bertam 1, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Talian telefon: 04-5752222.

Image may contain: outdoor
ArticlePublished 22 Nov 2019 4.27 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM