Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Info Balai Balai Polis Ayer Hangat Langkawi

Diterbitkan: 11 Feb 2020 2.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Balai Polis Ayer Hangat, Langkawi mula dibina pada 1 Januari 1981 dan digantikan dengan bangunan baharu di atas tapak yang sedia yang mula beroperasi sejak 1 Mac 2011. Balai ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ketika itu, CP Dato' Wira Syed Ismail Dato' Hj. Syed Azizan pada 20 Oktober 2011.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/info-balai-balai-polis-ayer-hangat-langkawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT

Balai Polis Ayer Hangat, Langkawi mula dibina pada 1 Januari 1981 dan digantikan dengan bangunan baharu di atas tapak yang sedia yang mula beroperasi sejak 1 Mac 2011. Balai ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ketika itu, CP Dato' Wira Syed Ismail Dato' Hj. Syed Azizan pada 20 Oktober 2011.

Kawasan pentadbiran balai ini merupakan kawasan tarikan pelancong, di mana jumlah penduduknya seramai lebih kurang 19,279 orang dan meliputi kawasan perniagaan, perkampungan nelayan dan juga tempat-tempat peranginan.

Keluasan pentadbiran balai ini adalah 63.7 kilometer (km) persegi dan lokasinya di bahagian Barat-Daya Pulau Langkawi, kira-kira 16 kilometer daripada Pekan Kuah.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi ini diketuai oleh Sarjan Mejar dan dibantu oleh 15 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 11 Feb 2020 2.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM