Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ijn Sangkal Gambar Tular Lelaki Bawa Anak Pesakit Jantung

Diterbitkan: 10 Sep 2019 9.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 11 September 2019 - Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum tularkan cerita yang tidak sahih.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ijn-sangkal-gambar-tular-lelaki-bawa-anak-pesakit-jantung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:09 MYT

Kuala Lumpur, 11 September 2019 - Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum tularkan cerita yang tidak sahih.

IJNF dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa pertanyaan mengenai isu yang tular mengenai seorang lelaki menunggang motosikal bersama anaknya, baru-baru ini.

Menurutnya, kisah terbabit mendakwa lelaki itu bersama anaknya yang juga seorang pesakit jantung dalam perjalanan balik ke Terengganu dengan motosikal dari Institut Jantung Negara (IJN).

Hasil siasatan mendapati individu terbabit adalah orang yang sama didapati menipu sebelum ini dan kali terakhir pesakit itu ke IJN untuk rawatan susulan adalah pada 2016.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang bapa dan anak perempuan dalam keadaan menyedihkan.

Dua beranak itu ditemui satu keluarga di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Lelaki berkenaan mendakwa anaknya menghidap jantung berlubang serta buah pinggang.

Sumber : Harian Metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/495564/kenapa-la-pak-cik-buat-macam-tu?fbclid=IwAR0kX8fDrW7ebuEphivlP60Jo8n6_giKEZpYE0EwSIByznGGiceLGcuYpFA

ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2019 9.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM