Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ifg 2025 Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Vip

Published: 30 Oct 2025 2.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 30 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) merangkap Naib Presiden Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke Majlis Makan Malam VIP yang berlangsung di Hyatt Regency Kuantan Resort, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ifg-2025-timbalan-kpn-hadir-majlis-makan-malam-vip
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT
Kuantan, 30 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) merangkap Naib Presiden Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke Majlis Makan Malam VIP yang berlangsung di Hyatt Regency Kuantan Resort, di sini, malam tadi.

Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh PDRM selaku tuan rumah bersempena Interforce Games (IFG) 2025 yang memasuki edisi ke-60, di mana ia menjadi medan pertembungan acara sukan di antara PDRM dan Singapore Police Force (SPF).

Seperti kelazimannya, sebanyak lima acara sukan akan dipertandingkan iaitu golf, bola sepak, bola jaring, futsal wanita dan badminton dengan penglibatan seramai 86 atlet dari Sang Saka Biru. Kesemua sukan akan berlangsung di gelanggang sekitar Kuantan pada hari ini.

Dalam majlis makan malam tersebut, Tan Sri Ayob Khan turut beramah mesra dengan para atlet dari kedua-dua pasukan.

Hadir sama, DCP (Policy) SPF merangkap Ketua Delegasi SPF, DCP How Kwang Hwee, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, barisan ketua polis negeri dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah.

Ayuh seluruh warga Pasukan, sama-sama kita nyatakan sokongan padu buat para atlet PDRM!

Jurugambar: PDRM RMPTV

No photo description available.

May be an image of one or more people, lighting and table

May be an image of one or more people, table and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and trumpet

May be an image of one or more people


ArticlePublished 30 Oct 2025 2.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM