
Artikel
Ibu Pejabat Pdrm Bukit Aman Jadi Penanda Aras Amalan Eksa
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman buat kali kedua menerima kunjungan daripada organisasi luar sebagai penanda aras dalam membudaya dan mengam...
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023 – Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman buat kali kedua menerima kunjungan daripada organisasi luar sebagai penanda aras dalam membudaya dan mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di sini, hari ini.
Delegasi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) yang diketuai oleh Timbalan Bendahari, Tuan Muhammad Tariq Rahmalan telah disambut oleh SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Zulkafli Sariaat di lobi Menara 1 dan seterusnya mereka dibawa ke sesi taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, Bukit Aman.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mempelajari kaedah pelaksanaan, perbincangan dan perkongsian ilmu serta aktiviti berkaitan amalan EKSA yang dilaksanakan oleh warga PDRM sehingga dianugerahkan pensijilan EKSA kategori Cemerlang dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Taklimat amalan EKSA PDRM telah disampaikan oleh Urus Setia Jawatankuasa Induk amalan EKSA, ASP Seksyen Inovasi dan Kreatif, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), ASP Norhidayah Yahya kepada para peserta sebagai pendedahan dalam membudaya dan mengamalkan EKSA.
Usai taklimat, delegasi telah dibawa melawat ke Pejabat Hal Ehwal Pesara, Aras 25 Menara 1 Bukit Aman dan seterusnya ke pejabat, galeri serta persekitaran Muzium PDRM yang terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Zailanni Amit, Pengarah Muzium Kepolisan, ACP Selamat Sainayune, Superintendan Seksyen Perlaksanaan dan Pemantauan, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman, Superintendan Za-Idah Ekhwan dan Ahli Jawatankuasa Induk Amalan EKSA PDRM.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang








































