Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hut Utk Ke 44 Keluarga Tunjang Kekuatan Unit Elit Pdrm

Diterbitkan: 12 Jan 2019 3.00 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2019 – Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-44 penubuhannya bertempat di perkarangan Ibu Pejabat UTK Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hut-utk-ke-44-keluarga-tunjang-kekuatan-unit-elit-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:57 MYT

Kuala Lumpur, 12 Januari 2019 – Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-44 penubuhannya bertempat di perkarangan Ibu Pejabat UTK Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Sambutan yang berkonsepkan 'hari keluarga’ dalam sambutan kali ini menjadi simbolik tentang betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan silaturrahim menjadi nadi utama kepada kekuatan setiap warga kerja unit elit PDRM ini.

Program sukan seperti larian 14.2 kilometer, acara berbasikal "costume ride" serta 'Raja Bukit' telah membuka tirai program yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi tadi dengan melibatkan kesemua operatif UTK. Turut diadakan, acara sukaneka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang hadir.

Berucap dalam majlis perasmian pagi tadi, Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin telah melahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada seluruh ahli keluarga UTK yang dapat meluangkan masa memeriahkan sambutan HUT pada tahun ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat warga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK yang sentiasa menjadi nadi dan tulang belakang kepada kami, para suami sewaktu menjalankan tugas untuk masyarakat dan negara," ujar beliau.

SAC Mohd Khairi turut berharap agar program seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi tujuan memupuk semangat berpasukan dan merapatkan lagi perhubungan silaturrahim di antara pegawai, operatif dan pegawai awam UTK.
 
Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Komander UTK, ACP M. V Srikumar M. Nair, Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, Pemangku Pengerusi PERKEP UTK, Puan Suzana Kasim dan ahli-ahli Persatuan Bekas UTK.

Image may contain: 1 person, sitting
Gelagat kanak-kanak yang hadir ke HUT UTK KE-44.

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Sesi bergambar kenangan.

Image may contain: 2 people, people smiling, motorcycle and outdoor
Sekitar program berbasikal 'Costume Ride'.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, people walking, shoes, basketball court, tree and outdoor
Sekitar larian 14.2 kilometer.

Image may contain: one or more people, shoes and outdoor
Sekitar sukaneka kanak-kanak.

Image may contain: 5 people
Sekitar sukaneka kanak-kanak.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, child, shoes and outdoor
Sekitar sukaneka kanak-kanak.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting and outdoor
Sekitar sukaneka dewasa.

Image may contain: one or more people, people sitting, child and table
Pertandingan mewarna.

Image may contain: 21 people, people smiling, people standing and outdoor
Sesi bergambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2019 3.00 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM