Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hsn 2025 Pdrm Beri Sokongan Padu Di Semua Peringkat Sambutan

Published: 13 Oct 2025 3.58 AM Updated: 15 Aug 2026 6.43 PM
Ipoh, 11 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menunjukkan sokongan padu terhadap penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2025 melalui penglibatan aktif di semua peringkat sambutan di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hsn-2025-pdrm-beri-sokongan-padu-di-semua-peringkat-sambutan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:01 MYT
Ipoh, 11 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menunjukkan sokongan padu terhadap penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2025 melalui penglibatan aktif di semua peringkat sambutan di seluruh negara.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir menyemarakkan Sambutan HSN Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung meriah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini pagi tadi.

Bertemakan “Malaysia Aktif”, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Acara senamrobik beramai-ramai yang disertai lebih 15,000 rakyat Malaysia menjadi pembuka tirai sambutan, diikuti pelepasan peserta Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025 yang merangkumi Kayuhan MADANI sejauh 35 kilometer (km), Larian Ria MADANI 5km, Berjalan Ria MADANI 3.5km serta 1,500 langkah sempena Hari Berjalan Sedunia.

Turut hadir menyokong program ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari.

Sementara itu, HSN Peringkat PDRM telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Baling, Kedah dan disempurnakan oleh Timbalan KPN, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama isteri, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Jabatan Pengurusan.

Dalam Perutusan KPN yang dibacakan oleh Tan Sri Ayob Khan, beliau menekankan kepentingan penglibatan aktif warga PDRM dalam membudayakan gaya hidup sihat serta mempereratkan ukhuwah antara warga pasukan dan masyarakat.

Beliau menegaskan komitmen PDRM untuk merealisasikan agenda HSN selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI iaitu membudayakan sukan, memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan masyarakat serta merangsang pertumbuhan ekonomi melalui industri sukan.

Tan Sri Ayob Khan turut menyertai acara senamrobik bersama lebih 1,000 warga Kontinjen Kedah dan orang awam, sebelum melepaskan peserta “Fun Ride” dan Berbasikal 15km, “Fun Run” 5km serta “Brisk Walk” 3km. Beliau juga mengambil bahagian dalam aktiviti santai seperti “Penalty Shoot Out”, “Netball Shoot Out” dan “Archery”.

Turut hadir Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr. Mohd Amy Azhar Dato’ Hj. Mohd Harif, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah, serta barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

HSN disambut serentak di seluruh negara setiap tahun pada minggu kedua bulan Oktober sebagai agenda nasional untuk membudayakan dan merakyatkan sukan melalui amalan gaya hidup aktif, sihat dan cergas.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan PDRM RMP TV
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Hsn 2025 Pdrm Beri Sokongan Padu Di Semua Peringkat Sambutan


Hsn 2025 Pdrm Beri Sokongan Padu Di Semua Peringkat Sambutan


Hsn 2025 Pdrm Beri Sokongan Padu Di Semua Peringkat Sambutan


May be an image of track and field, flute and text


May be an image of text
ArticlePublished 13 Oct 2025 3.58 AMUpdated 15 Aug 2026 6.43 PM