Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hina Nabi Muhammad Saw Seorang Remaja Ditahan Polis

Diterbitkan: 19 Apr 2019 3.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hina-nabi-muhammad-saw-seorang-remaja-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:58 MYT

 

Miri, 19 April 2019 - Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dennis Leong Soon Kuai berkata, terdahulu suspek berusia 18 tahun itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak sekitar jam 12.10 tengah malam.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suspek direman selama empat hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut," katanya.

 

ArtikelDiterbitkan 19 Apr 2019 3.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM