Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hentikanbulisiber Keratan Akhbar Pilihan Usah Berakhir Lagi Dengan Kematian Kpn

Published: 26 Jul 2024 6.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Julai 2024 - Pengguna media sosial yang melakukan buli siber boleh mengakibatkan berlaku ancaman sehingga wujud perlakuan jenayah terhadap mangsa serangan mereka. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ada pihak menganggap buli siber sebagai perkara remeh atau kecil, namun sebenarnya impaknya boleh mendatangkan ancaman kepada mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hentikanbulisiber-keratan-akhbar-pilihan-usah-berakhir-lagi-dengan-kematian-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 26 Julai 2024 - Pengguna media sosial yang melakukan buli siber boleh mengakibatkan berlaku ancaman sehingga wujud perlakuan jenayah terhadap mangsa serangan mereka. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ada pihak menganggap buli siber sebagai perkara remeh atau kecil, namun sebenarnya impaknya boleh mendatangkan ancaman kepada mangsa.

Menurutnya, pelbagai elemen buli siber dikesan antaranya seperti menghina, mengutuk, mencaci dan mengugut.

“Cuba bayangkan apa yang bakal berlaku kepada orang terdekat dengan suspek atau mangsa tentang komen-komen atau kenyataan yang berbentuk provokasi akibat daripada maklumat tidak benar atau tidak sahih. Inilah buli siber,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau menegaskan tidak mahu ada lagi kes buli siber sehingga berakhir dengan kematian akibat fitnah oleh pembuli apabila mengeluarkan kata-kata ugutan dan ancaman termasuk menyebarkan maklumat tidak benar.

“Ini bukan main-main, ini menyentuh emosi diri setiap mangsa yang mungkin menjurus ke arah pelakuan yang tidak selamat.

“Justeru, Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sentiasa bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Komunikasi. Kita akan meneliti dan mengkaji langkah lebih tegas dalam memerangi unsur buli siber ini,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 26 Jul 2024 6.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM