Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Video Tular Pemandu Lori Tangki Cel 5916 Dicari

Published: 13 Dec 2021 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Port Dickson, 13 Disember 2021 - Polis sedang mengesan pemandu lori tangki dipercayai memotong di lorong kecemasan di Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) dari arah Seremban seperti dirakamkan dalam video tular.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-video-tular-pemandu-lori-tangki-cel-5916-dicari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:38 MYT
Port Dickson, 13 Disember 2021 - Polis sedang mengesan pemandu lori tangki dipercayai memotong di lorong kecemasan di Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) dari arah Seremban seperti dirakamkan dalam video tular.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lori tangki itu menggunakan nombor pendaftaran CEL 5916 dan didaftarkan di sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Bukit Raja, Shah Alam.

Sehubungan itu beliau meminta pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Katanya, video berdurasi 16 saat yang merakamkan sebuah lori tangki menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan kenderaan dimuat naik di Facebook.

"Kejadian dipercayai berlaku pada 11 Disember 2021 antara jam 2 hingga 4 petang di Kilometer 27 dan Kilometer 28 SPDH dari arah Seremban," katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, keadaan di lebuh raya berkenaan sesak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 279 KK dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pemandu-lori-tangki-cel...

ArticlePublished 13 Dec 2021 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM