Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Video Tular 9 Pemilik Kenderaan Diminta Menyerah Diri

Published: 13 Dec 2021 1.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Port Dickson, 13 Disember 2021 - Polis sudah mengenal pasti sembilan (9) kenderaan memotong menggunakan lorong kecemasan di laman Port Dickson Area, di sini, seperti dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang tular di Facebook, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-video-tular-9-pemilik-kenderaan-diminta-menyerah-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:09 MYT
Port Dickson, 13 Disember 2021 - Polis sudah mengenal pasti sembilan (9) kenderaan memotong menggunakan lorong kecemasan di laman Port Dickson Area, di sini, seperti dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang tular di Facebook, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku antara 2 hingga 3 petang, semalam.

"Pergerakan kenderaan ketika itu dari arah Sunggala menuju ke arah Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

"Polis juga sudah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan itu," katanya.

Superintendan Aidi Sham berkata, pemilik kenderaan berkenaan diminta supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.


Hebahan Video Tular 9 Pemilik Kenderaan Diminta Menyerah Diri
ArticlePublished 13 Dec 2021 1.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM