Artikel
Hebahan Speaks Platform Aduan Salah Laku Polis Kini Dalam Talian
Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dengan kerjasama Polis Diraja Mala...
Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) merupakan inisiatif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Digital Negara yang berfungsi sebagai platform digital untuk orang awam membuat aduan berkaitan salah laku anggota polis secara dalam talian.
Ia turut membolehkan semakan status aduan dan penerimaan maklum balas dengan lebih telus serta mempercepatkan proses penyiasatan dalaman melalui penyelarasan antara IPCC dan agensi terlibat.
