Article
Hebahan Sidang Kemuncak Asean Ke 47 Jadual Operasi Pengangkutan Awam
Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini, berapa laluan utama sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan dan ditutup...
Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini, berapa laluan utama sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan dan ditutup secara berkala.
Justeru, Rapid KL, KLIA Ekspres/Transit dan Keretapi Tanah Melayu akan meningkatkan kekerapan tren, melanjutkan operasi serta menambah petugas bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berjalan lancar sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan perkhidmatan rel sebagai pilihan utama. Maklumat lanjut, sila rujuk infografik yang disediakan.
Sumber: Ministry of Transport Malaysia
