Artikel
Hebahan Sambutan Hari Inovasi Kdn Tahun 2025
Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2025 akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Is...
Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2025 akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertempat di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya pada 23 Oktober 2025 jam 9.00 pagi.
Sambutan yang berlangsung bermula hari ini sehingga esok dengan bertemakan “Inovasi MADANI: Ihsan, Integriti dan Profesionalisme” itu adalah bagi meraikan semangat inovasi, kreativiti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan KDN yang lebih berimpak serta berdaya saing.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
