
Article
Hebahan Program Madani Rakyat Zon Sarawak 2024 Tawaran Diskaun 50 Peratus Saman Terpilih Pdrm 20240927
Sempena Program Madani Rakyat Zon Sarawak 2024 Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi kesalah...
Sempena Program Madani Rakyat Zon Sarawak 2024 Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi kesalahan trafik terpilih bermula 27 hingga 29 September 2024, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Perkarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak.
Pelbagai pameran aset di bawah KDN akan dipertontonkan kepada anda termasuk dari Jabatan Polis Diraja Malaysia antaranya dari Unit Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan banyak lagi program istimewa untuk anda seisi keluarga.
Semua dijemput hadir. Jumpa anda di sana! 
