Ayuh meriahkan program ‘Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI’ yang akan berlangsung pada 18 Februari 2023 (Sabtu) jam 9 pagi hingga 6 petang di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, Kelantan.
Pelbagai program dan aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung. Antaranya pameran perkhidmatan jabatan dan agensi, kaunter pengurangan bayaran saman Polis Diraja Malaysia sehingga 50% bagi kesalahan terpilih, jualan produk Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), perkhidmatan mobile Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia dan AADK serta pelbagai acara lain yang hebat.
Jumpa anda di sana! 

#15022023