
Article
Hebahan Penangguhan Pengambilan Pasukan Sspdrm Siri 1 2026
Pengambilan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) bagi Konstabel Siri 1/2026 adalah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Penangguhan...
Pengambilan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) bagi Konstabel Siri 1/2026 adalah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Penangguhan ini melibatkan keseluruhan proses pengambilan termasuk calon-calon yang sedang menunggu keputusan atau berada di peringkat akhir pengambilan.
Penangguhan tersebut dibuat susulan arahan kawalan dan sekatan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2026 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia berdasarkan ketetapan semasa berkaitan pengurusan kewangan.
Sebarang perkembangan terkini berhubung status pengambilan SSPDRM Siri 1/2026 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman media sosial rasmi SSPDRM Bukit Aman.
Sumber: SSPDRM Bukit Aman