
Hebahan Pdrm Tawar Pengurangan Saman Sebanyak 50 Sempena Mtf 2020
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus kepada para pengunjung Malaysia Travel Fair (MTF) 2020 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 13 hingga 15 Mac 2020 (Jumaat-Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Semakan dan pembayaran boleh dibuat melalui kaunter-kaunter saman yang disediakan.
Berikut adalah jenis-jenis saman yang DIKECUALIKAN daripada menerima tawaran pengurangan:
1. Saman kemalangan bagi tahun 2019 dan 2020;
2. Saman kesalahan yang tidak boleh dikompaun (bertanda “NC”);
3.Saman berstatus waran tangkap bagi tahun 2019 dan 2020;
4. Saman dalam perbicaraan;
5. Saman OP Selamat bagi tahun 2019 dan 2020; dan
6. Saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan lori.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#MTF2020