Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Pdrm Tawar Pengurangan Saman Sebanyak 50 Sempena Mtf 2020

Diterbitkan: 09 Mar 2020 2.10 PM Dikemas kini: 22 Sep 2026 9.23 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus kepada para pengunjung Malaysia Travel Fair (MTF) 2020 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-pdrm-tawar-pengurangan-saman-sebanyak-50-sempena-mtf-2020
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:12 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus kepada para pengunjung Malaysia Travel Fair (MTF) 2020 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 hingga 15 Mac 2020 (Jumaat-Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Semakan dan pembayaran boleh dibuat melalui kaunter-kaunter saman yang disediakan.

Berikut adalah jenis-jenis saman yang DIKECUALIKAN daripada menerima tawaran pengurangan:

1. Saman kemalangan bagi tahun 2019 dan 2020;

2. Saman kesalahan yang tidak boleh dikompaun (bertanda “NC”);

3.Saman berstatus waran tangkap bagi tahun 2019 dan 2020;

4. Saman dalam perbicaraan;

5. Saman OP Selamat bagi tahun 2019 dan 2020; dan

6. Saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan lori.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#MTF2020

ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2020 2.10 PMDikemas kini 22 Sep 2026 9.23 AM