Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Ltdl 2025 Penutupan Jalan Sempena Kejohanan

Diterbitkan: 24 Sep 2025 8.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: PETRONAS Le Tour de Langkawi
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-ltdl-2025-penutupan-jalan-sempena-kejohanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:47 MYT
[HEBAHAN] LTdL 2025: PENUTUPAN JALAN SEMPENA KEJOHANAN
Sempena penganjuran kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober 2025 melibatkan lapan peringkat perlumbaan bermula di negeri Kedah dan berakhir di Kuala Lumpur merentasi 11 negeri di Semenanjung Malaysia.
Polis Diraja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bertanggungjawab memastikan keselamatan pelumba, kelancaran lalu lintas serta kawalan penutupan jalan di sepanjang laluan perlumbaan dengan kerjasama pihak penganjur dan agensi berkaitan.
Orang ramai diminta untuk merujuk infografik penutupan jalan yang disediakan serta mematuhi arahan pegawai bertugas di lokasi terlibat bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang kejohanan.
Sumber: PETRONAS Le Tour de Langkawi
ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2025 8.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM