Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Ltdl 2024 Penutupan Laluan Peringkat Pertama Perlumbaan

Published: 28 Sep 2024 11.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sempena Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 penutupan jalan pada peringkat pertama di daerah Langkawi bermula pada esok, 29 September 2024.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-ltdl-2024-penutupan-laluan-peringkat-pertama-perlumbaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT
Sempena Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 penutupan jalan pada peringkat pertama di daerah Langkawi bermula pada esok, 29 September 2024.
Pengguna jalan raya dari Padang Matsirat ke arah Jeti Point atau Kuah dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu melalui lampu isyarat Sg Menghulu - Jalan Padang Gaong - Lebuhraya Langkawi - Jalan Ayer Hangat - Jeti/Pekan Kuah.
Tapak mula dan tamat LTdL iaitu bermula dari lampu isyarat Pokok Asam hingga lampu isyarat Dundung kedua-dua arah.
Ikuti infografik penutupan jalan peringkat pertama yang disediakan dan patuhi setiap arahan oleh pegawai bertugas ketika melalui lokasi dinyatakan bagi memudahkan pergerakan anda semasa kejohanan berlangsung.

Kerjasama semua pengguna jalan raya, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 
ArticlePublished 28 Sep 2024 11.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM