
Artikel
Hebahan Ltdl 2024 Penutupan Laluan Peringkat Pertama Perlumbaan
Sempena Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 penutupan jalan pada peringkat pertama di daerah Langkawi bermula pada e...
Sempena Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 penutupan jalan pada peringkat pertama di daerah Langkawi bermula pada esok, 29 September 2024.
Tapak mula dan tamat LTdL iaitu bermula dari lampu isyarat Pokok Asam hingga lampu isyarat Dundung kedua-dua arah.
Ikuti infografik penutupan jalan peringkat pertama yang disediakan dan patuhi setiap arahan oleh pegawai bertugas ketika melalui lokasi dinyatakan bagi memudahkan pergerakan anda semasa kejohanan berlangsung.
Kerjasama semua pengguna jalan raya, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sumber: Petronas Le Tour de Langkawi