Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Larian Hari Polis Community Safety Run 7km

Published: 02 Apr 2024 7.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ayuh!!! Sertai Larian Hari Polis Community Safety Run 7 Kilometer (km) yang bakal diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) jam 6.30 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 tahun 2024.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-larian-hari-polis-community-safety-run-7km
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:40 MYT
Ayuh!!! Sertai Larian Hari Polis Community Safety Run 7 Kilometer (km) yang bakal diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) jam 6.30 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 tahun 2024.

Kategori larian yang dipertandingkan adalah 7km dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Selain menerima kit larian dan medal, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti sebuah motosikal, basikal, hamper, barangan elektrik dalam cabutan bertuah, termasuklah HADIAH UTAMA, sebuah kereta!

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Solat Subuh Macam Jumaat, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), gerai jualan, pertunjukan payung terjun daripada Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando dan yang paling ditunggu-tunggu, kaunter pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus!

Para peserta yang membuat pendaftaran awal (early birds) bermula dari 1 April hingga 5 Julai depan akan memperoleh diskaun sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta sahaja.

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang secara online menerusi pautan: https://www.heyjom.com/events/540

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Majlis Sukan PDRM di talian: 03-22668446.

Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada seluruh rakan anda! Jumpa anda di sana nanti!


May be an image of text

May be an image of text that says '2024 JULAI POLIS LARIAN LARIAN HARI I”TANA STANA JAM PUTRAJAYA YURAN PENDAFTARAN CMMTYAFT7M SAFETY RUN 7KM COMMUNITY D

May be an image of text

May be an image of text that says 'DIRAJA HILSTS 2024 JULAI POLIS RUN 7KM HARI LARIAN IST PUTRAJAYA SAIZ KEMEJA-T COMMUNITY SAFETY SAIZ UKURAN DADA XS 18

May be an image of text

May be an image of text that says 'DIRAJA HNSTY 2024 JULAI HIMAN ROLIS COMMUNITY SAFETY RUN 7KM HARI LARIAN LARIAN ISTANA JAM PUTRAJAYA TARIKAN ACARA SOLAT

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 02 Apr 2024 7.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM