Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Larangan Menerbangkan Dron Semasa Persiapan Dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Published: 24 Aug 2023 8.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai semasa persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 bermula dari 21 hingga 31 Ogos 2023.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-larangan-menerbangkan-dron-semasa-persiapan-dan-sambutan-hari-kebangsaan-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai semasa persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 bermula dari 21 hingga 31 Ogos 2023.

Larangan ini bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan dapat diraikan dengan selamat dan mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam. Ia juga bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut.

CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs).

Sumber: Civil Aviation Authority of Malaysia
ArticlePublished 24 Aug 2023 8.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM