Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Karnival Pencegahan Jenayah Kolaborasi Pdrm Dan Dbkl Bersama Rakan Strategik Dengan Komuniti Setempat

Diterbitkan: 25 Apr 2024 9.41 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.17 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti akan mengadakan Karnival Pencegahan Jenayah, Kolaborasi PDRM bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama Rakan Strategik dengan Komuniti Setempat Tahun 2024 pada:
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-karnival-pencegahan-jenayah-kolaborasi-pdrm-dan-dbkl-bersama-rakan-strategik-dengan-komuniti-setempat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:18 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti akan mengadakan Karnival Pencegahan Jenayah, Kolaborasi PDRM bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama Rakan Strategik dengan Komuniti Setempat Tahun 2024 pada:

🗓 Hari : Sabtu (27 April 2024)
⏰ Masa : 5.30 pagi sehingga 7.00 petang
🏟️ Tempat: Pekarangan Blok 3B, Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur
Program tersebut bertujuan menyantuni masyarakat melalui pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah, selain mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan awam.

Antara program dan aktiviti menarik yang disediakan buat para pengunjung termasuk:

🔴 Program Solat Jemaah Subuh Macam Jumaat dan penyampaian sumbangan bantuan sebagai tanda keprihatinan PDRM terhadap kesejahteraan masyarakat kepada surau, pusat tahfiz, anak yatim dan mangsa kebakaran.
🟢 Ceramah Pencegahan Jenayah dan Townhall Discussion bersama tetamu jemputan PDRM bersama Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF)
🔵 Persembahan artis/band serta demonstrasi khas dari Pancaragam PDRM, Badan Kebudayaan Muzium PDRM, Pasukan T-Baton Wanita Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pasukan sahabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
🟣 Booth-booth pameran oleh pelbagai agensi termasuk kaunter saman (50%) pengurangan saman dan voucher pembayaran saman diberikan serta pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Agensi lain yang turut terlibat ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

Ayuh datang beramai-ramai memeriahkan lagi karnival dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Jumpa anda di sana! ❤️🫰🫶


May be an image of 3 people and text that says 'पট KEMENTERIAN DALAM NEGERI Karnival PENCEGAHAN JENAYAH KOLABORASI POLIS DIRAJA MALAYSIA ก DEWAN BAND
ArtikelDiterbitkan 25 Apr 2024 9.41 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.17 PM