Artikel
Hebahan Jom Mendaftar Sebagai Ahli Ipfc
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk mendaftar sebagai Ahli "IPCC, Police, Friends and Collaborators" (IPFC)...
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk mendaftar sebagai Ahli "IPCC, Police, Friends and Collaborators" (IPFC) bagi mencapai visi IPCC iaitu sebagai badan pemantau bebas yang dipercayai dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap integriti pasukan polis.
IPFC merupakan inisiatif IPCC yang menyasarkan penglibatan pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat, yang dilihat dapat memberi impak untuk mencapai kestabilan ekonomi, keharmonian rakyat serta keselamatan negara, seterusnya menaikkan imej dan nama baik negara.
Majlis Peluncuran IPFC akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 3 Disember 2024 bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.
Apa tunggu lagi? Ayuh mendaftar sebagai Ahli IPFC melalui kod QR yang tertera di dalam video.
