Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Countdown Sempena Majlis Peluncuran Aplikasi Aduan Jips Pdrm 3 Hari Lagi

Published: 01 Jun 2025 2.14 AM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melakar sejarah baharu dengan peluncuran Aplikasi Aduan JIPS PDRM — satu inisiatif transformasi digital yang memudahkan masyarakat menyalurkan aduan dan maklumat dengan lebih efisien, telus serta pantas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-countdown-sempena-majlis-peluncuran-aplikasi-aduan-jips-pdrm-3-hari-lagi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:49 MYT
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melakar sejarah baharu dengan peluncuran Aplikasi Aduan JIPS PDRM — satu inisiatif transformasi digital yang memudahkan masyarakat menyalurkan aduan dan maklumat dengan lebih efisien, telus serta pantas.

📅Tarikh: 4 Jun 2025 (Rabu)
📌Tempat: Dewan KPN, Maktab PDRM, Kuala Lumpur
🎙 Disempurnakan oleh: Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain

Aplikasi itu dibangunkan bagi menyokong aspirasi kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan awam dan dasar e-Government, dengan objektif berikut:

✅ Menyediakan sistem pengurusan aduan yang sistematik dan seragam.
✅ Memastikan penyampaian aduan dan maklumat yang efisien serta proaktif.
✅ Mewujudkan pangkalan data bersepadu untuk analisis dan perancangan strategik.
✅ Menyokong pendekatan mesra alam dan tanpa kertas (paperless).
✅ Memantapkan integrasi data dan maklumat di semua peringkat organisasi.

Dengan pelancaran Aplikasi Aduan JIPS PDRM, diharapkan perkhidmatan yang disediakan akan lebih responsif, profesional dan memenuhi harapan serta keperluan masyarakat selaras dengan Piagam Pelanggan PDRM.


Hebahan Countdown Sempena Majlis Peluncuran Aplikasi Aduan Jips Pdrm 3 Hari Lagi
ArticlePublished 01 Jun 2025 2.14 AMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM