Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Aspirasi Keluarga Malaysia Tawaran Diskaun Saman Trafik Selama Empat Hari Di Klcc

Published: 06 Dec 2021 1.59 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia menawarkan kadar potongan 80 peratus bagi saman trafik yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi saman di luar kawasan yang dinyatakan, potongan sebanyak 70 peratus akan diberikan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-aspirasi-keluarga-malaysia-tawaran-diskaun-saman-trafik-selama-empat-hari-di-klcc
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:31 MYT
Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia menawarkan kadar potongan 80 peratus bagi saman trafik yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi saman di luar kawasan yang dinyatakan, potongan sebanyak 70 peratus akan diberikan.

Tawaran diskaun saman ini hanya terpakai di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang mengikut terma-terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi menjamin keselamatan kesihatan anda semasa hadir mendapatkan potongan saman yang ditawarkan.

ArticlePublished 06 Dec 2021 1.59 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM