Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Asean Summit 2025 Peringatan Penutupan Dan Lencongan Jalan

Diterbitkan: 17 Oct 2025 3.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bagi memastikan kelancaran pergerakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (ASEAN Summit 2025), penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan mulai 17 hingga 28 Oktober 2025, melibatkan masa serta beberapa laluan utama berikut:
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-asean-summit-2025-peringatan-penutupan-dan-lencongan-jalan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:09 MYT

Bagi memastikan kelancaran pergerakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (ASEAN Summit 2025), penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan mulai 17 hingga 28 Oktober 2025, melibatkan masa serta beberapa laluan utama berikut:

🕗 Masa: 8.00 pagi – 7.00 malam (mengikut keperluan)
📍 Laluan terlibat: Dari Lapangan Terbang ke hotel penginapan sekitar Kuala Lumpur, Seri Negara Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Walau bagaimanapun, penutupan dan lencongan laluan sempena raptai serta pelaksanaan ASEAN Summit 2025 ini tidak berlangsung sepanjang hari, sebaliknya akan dilaksanakan mengikut keperluan dan tempoh masa tertentu.

Orang ramai disarankan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan trafik serta mengelakkan penggunaan laluan yang terlibat bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak.

ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2025 3.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM