Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Tongkat Putih Pdrm Pamer Sokongan Terhadap Golongan Oku Penglihatan

Published: 13 Oct 2019 8.08 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2019 - Seramai 30 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Cawangan Unit Berkuda daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Cheras mengiringi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan merasai pengalaman berjalan di kawasan Taman Tasik Perdana dengan perasaan selamat dan selesa bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-tongkat-putih-pdrm-pamer-sokongan-terhadap-golongan-oku-penglihatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2019 - Seramai 30 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Cawangan Unit Berkuda daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Cheras mengiringi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan merasai pengalaman berjalan di kawasan Taman Tasik Perdana dengan perasaan selamat dan selesa bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, di sini, pagi tadi.

Program anjuran bersama di antara Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) dan PDRM tersebut adalah sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) PDRM kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang awam khususnya golongan OKU penglihatan dalam usaha untuk mewujudkan perasaan selamat di samping menginklusifkan mereka dalam masyarakat umum.

Sejurus selesai acara berjalan kaki di Taman Tasik Perdana, majlis diteruskan dengan sesi perasmian yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman disusuli dengan penyerahan sumbangan oleh wakil-wakil penaja yang berupa replika check kepada YOBM melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Silatul Rahim Dahman.

Hari Tongkat Putih adalah acara antarabangsa yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya bersikap prihatin kepada golongan buta atau cacat penglihatan.

Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan AM) Bukit Aman, DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, SAC Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato' Yusoff Che Ngah, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia/Hal-ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan, SAC Afandi Senin, wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO serta rakan media.

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Sekitar Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 4 people, people sitting and outdoor
Sesi pendaftaran peserta Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, shoes and outdoorSekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 7 people, people riding on horses and outdoor
Sekitar Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Gimik pelepasan peserta acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and outdoor
Ketibaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 4 people, people standing, crowd and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, child, crowd and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 10 people, people smiling, people standing, stripes and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 3 people, outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 14 people, people smiling, people standing and outdoor
Sesi bergambar kenangan Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and outdoor
Sekitar acara berjalan kaki bersempena Program Sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
 
Image may contain: 1 person, flower and plant
Pengacara majlis Perasmian Hari Tongkat Putih Tahun 2019.
 
Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Sekitar majlis Perasmian Hari Tongkat Putih Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 
Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, table, indoor and food
Sekitar majlis Perasmian Hari Tongkat Putih Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Sekitar majlis Perasmian Hari Tongkat Putih Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 
Image may contain: 4 people, people sitting, people eating, indoor and food
Sekitar majlis Perasmian Hari Tongkat Putih Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 
Image may contain: 1 person, standing, suit and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majis.
 
Image may contain: 9 people, people sitting, table and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majis.
 
Image may contain: 1 person, text
Ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia, Encik Silatul Rahim Dahman.
 
Image may contain: 1 person, smiling, sitting
Ucapan Perasmian Hari Tongkat Putih Tahun 2019 oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
 
Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Penyerahan sumbangan oleh wakil-wakil penaja yang berupa replika check kepada YOBM melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Silatul Rahim Dahman.
ArticlePublished 13 Oct 2019 8.08 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM