Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 218 Timbalan Pm Bersama Pucuk Pimpinan Pdrm Hadir Ke Majlis Bacaan Surah Yasin Tahlil Dan Doa Selamat

Published: 21 Mar 2025 8.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Mac 2025 – Sempena sambutan peringatan Hari Polis yang dirai setiap tahun oleh warga Sang Saka Biru, Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat tidak pernah luput dalam takwim Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai acara tahunan bagi mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira PDRM yang sentiasa memastikan keamanan dan keselamatan negara terjaga.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-218-timbalan-pm-bersama-pucuk-pimpinan-pdrm-hadir-ke-majlis-bacaan-surah-yasin-tahlil-dan-doa-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:31 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mac 2025 – Sempena sambutan peringatan Hari Polis yang dirai setiap tahun oleh warga Sang Saka Biru, Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat tidak pernah luput dalam takwim Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai acara tahunan bagi mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira PDRM yang sentiasa memastikan keamanan dan keselamatan negara terjaga.
 
Lebih bermakna lagi apabila majlis tadi turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri (Timbalan PM) merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof bersama pucuk pimpinan Pasukan, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh ASP Kesejahteraan Organisasi, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ASP Muhammad Khudri Sulaiman. Seusai itu, Dato’ Sri Hj. Fadillah bersama para tetamu jemputan menunaikan solat Jumaat yang dipimpin oleh ASP Muhammad Ridhuwan Zaini dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur.

Para hadirin telah mendengar khutbah solat Jumaat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (BAKA) JIPS Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman bertajuk “Ibadah Dihayati, Keamanan Dinikmati” yang

 antaranya menyentuh mengenai keberkatan dalam menggandakan amalan dan ibadah pada fasa terakhir Ramadan. Mereka yang hadir digalakkan merebut peluang dalam mencari Lailatul Qadar di samping menekankan mengenai kerjasama antara polis dan masyarakat dalam memastikan keharmonian serta keamanan segenap lapisan terpelihara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Wilayah Islam, Tuan Hj. Hanifuddin Roslan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dr. Mohamad Kori Jusoh dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah, barisan Pengarah PDRM bersama bekas pucuk pimpinan Pasukan, warga kerja Bukit Aman serta ahli-ahli kariah.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 1 person and text that says '10 RAZARUDIN RUDIN HA DRNCAN 0 = အ'

May be an image of 3 people and text

No photo description available.

May be an image of 1 person

May be an image of dais and text
ArticlePublished 21 Mar 2025 8.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM