Artikel
[HARI POLIS KE-218]: TIMBALAN KPN HADIR PROGRAM FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-218
Kuala Lumpur, 27 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Program Forum Perdana Ehwal Islam semp...
Kuala Lumpur, 27 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Program Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin telah disambut oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan.
Forum yang bertajuk 'Sedia Berkhidmat' itu telah menampilkan tiga ahli panel iaitu Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Profesor Dato’ Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif/Naib Canselor, Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Profesor Dato' Dr. Noor Inayah Ya’akub, Ketua Penolong Pengarah (Agama & Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, SAC Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria dan Penolong Pengarah Bahagian Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Nabil Ahmad sebagai moderator.
Antara inti pati yang dapat disimpulkan dalam forum berkenaan ialah mengenai tanggungjawab dan menjaga kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan dan keharmonian negara serta mempamerkan sifat integriti yang tinggi dalam menempuh kehidupan di dalam Pasukan.
Yang turut hadir, barisan pengarah dan timbalan pengarah PDRM, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan barisan pegawai kanan PDRM serta ahli-ahli PERKEP.