Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 218 Sembahyang Khas Agama Hindu Pupuk Perpaduan Warga Pdrm

Published: 23 May 2025 3.57 PM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Kuala Lumpur, 23 Mei 2025 – Sempena Sambutan Hari Polis Ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu telah mengadakan sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-218-sembahyang-khas-agama-hindu-pupuk-perpaduan-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:13 MYT
 
Kuala Lumpur, 23 Mei 2025 – Sempena Sambutan Hari Polis Ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu telah mengadakan sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Majlis keagamaan yang bermula pada jam 3.00 petang itu diketuai oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, selaku Pengerusi Jawatankuasa.

Hampir 500 warga PDRM beragama Hindu dari Bukit Aman dan sekitar Lembah Klang hadir ke upacara keagamaan tersebut. Ia bertujuan memohon kesejahteraan negara dan keselamatan anggota serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga Pasukan.

Majlis yang diadakan juga melambangkan semangat hormat-menghormati dan kepelbagaian budaya yang menjadi asas kepada keharmonian dalam pasukan PDRM secara keseluruhan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair, Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Dewi M. G Nair, pesara Polis, DCP Dato' Narenasegaran Thangaveloo dan pesara Polis, DCP Dato' Manoharan Kanapathy.

Jurugambar: Koperal Shazril dan Lans Koperal Bryanlie
 


May be an image of 8 people and crowd

May be an image of 2 people, temple, crowd and text

May be an image of 2 people, crowd, temple and text

May be an image of 3 people, temple and text

May be an image of 5 people and flute

ArticlePublished 23 May 2025 3.57 PMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM