Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 217 Terima Kasih Pegawai Awam Pdrm Atas Segala Jasa Dan Pengorbanan Kepada Pasukan Timbalan Kpn

Diterbitkan: 27 Jun 2024 1.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 Jun 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih beliau kepada semua Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Perhimpunan Pegawai Awam Pasukan Bersama Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-terima-kasih-pegawai-awam-pdrm-atas-segala-jasa-dan-pengorbanan-kepada-pasukan-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT
Kuala Lumpur, 27 Jun 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih beliau kepada semua Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Perhimpunan Pegawai Awam Pasukan Bersama Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217, pagi tadi.
“Seiring dengan sambutan Hari Polis ke-217 pada tahun ini, kami warga polis amat menghargai dan berterima kasih kepada sekalian warga Pegawai Awam PDRM atas segala jasa dan pengorbanan dalam memenuhi keperluan penugasan yang amat luas dan sering terikat dengan kekangan masa yang mendadak”.
“Warga Pegawai Awam PDRM merupakan tonggak utuh yang menyokong dan menjadi penggerak PDRM dalam merealisasikan visi serta misi Pasukan, melaksanakan peranan juga tanggungjawab dengan berkesan”, ucap beliau yang mewakili Ketua Polis Negara dalam majlis yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.
Perhimpunan Pegawai Awam PDRM merupakan acara tahunan menjelang Hari Polis setiap tahun dan merupakan salah satu medium untuk membolehkan Pucuk Pimpinan Pasukan bersua muka dengan para pegawai awam yang bertugas di seluruh kontinjen serta formasi PDRM.
Lebih bermakna lagi, perhimpunan tadi turut dihadiri oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato’ Dr. Hj. Adnan Mat yang merupakan seorang tokoh terkemuka penjawat awam di tanah air.
Berucap di hadapan lebih 300 Pegawai Awam yang hadir tadi, Dato’ Sri Ayob Khan sempat menitipkan nasihat kepada para pegawai awam untuk terus membudayakan amalan integriti dan berkeperibadian mulia dalam penugasan harian, demi menjaga nama baik Pasukan.
“Sebagai salah satu entiti penting dalam PDRM, tuan-tuan dan puan-puan turut membawa nama, imej dan maruah PDRM walau di mana jua berada.
“Justeru, adalah penting untuk memastikan keperibadian kita bertunjangkan disiplin yang tinggi, membudayakan amalan integriti serta ikhlas dan telus dalam pelaksanaan tugas”, ujar beliau.
Beliau turut menyeru agar segenap lapisan warga Pegawai Awam PDRM untuk terus kekal setia berkhidmat dengan organisasi keramat itu dan sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan serta kepakaran ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap, profesion serta berkesan.
Yang turut hadir tadi, barisan Pengarah PDRM, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri, Ketua Urus Setia Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan, ACP Rahmat Ariffin, Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia, Encik Anuar Mamat, Presiden Kesatuan Kakitangan Pegawai Awam Polis Sarawak, Encik Sudarmazi Joli serta Presiden Kesatuan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Polis Sabah, Encik Mohd Syukri Tahir.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 27 Jun 2024 1.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM