Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 217 Sembahyang Khas Warga Pdrm Beragama Sikh

Published: 30 Mar 2024 7.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 yang disambut pada 25 Mac lalu, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan sembahyang khas di Gurdwara Sahib, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-sembahyang-khas-warga-pdrm-beragama-sikh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:01 MYT
 
Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 yang disambut pada 25 Mac lalu, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan sembahyang khas di Gurdwara Sahib, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Program yang dijalankan pada setiap tahun itu bertujuan mewujudkan peluang kepada warga PDRM untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara polis dengan masyarakat setempat, seiring dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

Program yang bermula sejak semalam melibatkan pelbagai aktiviti antaranya gotong-royong membersihkan kawasan sekitar acara sembahyang dan sesi ramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Hadir sama, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara CP Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh, ACP Pentadbiran, Bahagian Jawatankuasa CE/Pelesenan Am, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Ravindar Singh selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh dan para pegawai kanan serta pesara polis beragama Sikh.

Jurugambar: Lans Koperal Hafiza Binti Hassan Saberi dan Lans Koperal Bryanlie Mustin
 
 

May be an image of 1 person, clarinet and text

May be an image of 3 people, ambulance and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 13 people, wedding, dais and text

May be an image of 4 people and dais
ArticlePublished 30 Mar 2024 7.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM