
Artikel
Hari Polis Ke 217 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Derma Darah Lebih 8 000 Beg Darah Sejak 2006
Kuala Lumpur, 12 Jun 2024 - Pusat Darah Negara (PDN) menerima lebih 8,000 beg darah melalui program dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 ta...
Kuala Lumpur, 12 Jun 2024 - Pusat Darah Negara (PDN) menerima lebih 8,000 beg darah melalui program dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 tahun lalu.
Timbalan Pengarah 1 PDN, Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah berkata, pihaknya menghargai kerjasama strategik itu yang memanfaatkan ramai pesakit khususnya yang memerlukan darah.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, peranan PDRM tidak hanya terbatas kepada aspek keselamatan tetapi meliputi tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
“Program derma darah bukan acara tahunan semata-mata, malah bukti kolaborasi strategik antara PDRM dan PDN,” katanya.
Sumber: Sinar Harian