Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 217 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Derma Darah Lebih 8 000 Beg Darah Sejak 2006

Diterbitkan: 12 Jun 2024 1.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Kuala Lumpur, 12 Jun 2024 - Pusat Darah Negara (PDN) menerima lebih 8,000 beg darah melalui program dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-derma-darah-lebih-8-000-beg-darah-sejak-2006
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT
Kuala Lumpur, 12 Jun 2024 - Pusat Darah Negara (PDN) menerima lebih 8,000 beg darah melalui program dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 tahun lalu.
Timbalan Pengarah 1 PDN, Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah berkata, pihaknya menghargai kerjasama strategik itu yang memanfaatkan ramai pesakit khususnya yang memerlukan darah.

“Setiap hari kita memerlukan 2,000 sehingga 2,200 beg darah untuk merawat kira-kira 1,000 pesakit selain dihantar ke 80 hospital kerajaan dan hospital swasta,” katanya dalam ucapan pada Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Bukit Aman di sini pada Selasa.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, peranan PDRM tidak hanya terbatas kepada aspek keselamatan tetapi meliputi tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Program derma darah bukan acara tahunan semata-mata, malah bukti kolaborasi strategik antara PDRM dan PDN,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2024 1.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM