Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 216 Timbalan Kpn Sertai Pertandingan Menembak Pdrm Bersama Kdn

Published: 19 Aug 2023 12.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 19 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyertai Pertandingan Menembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Hari Polis ke-216 yang diadakan di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-216-timbalan-kpn-sertai-pertandingan-menembak-pdrm-bersama-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT
 
Cheras, 19 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyertai Pertandingan Menembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Hari Polis ke-216 yang diadakan di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini pagi tadi.

Pertandingan anjuran Jabatan Teknologi dan Logistik (JLog) Bukit Aman itu turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar bersama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Azhar Ahmad.

Dua kategori acara yang dipertandingkan tadi ialah "Centre Fire" bagi individu dan "Falling Plate" secara berkumpulan dengan penyertaan seramai 62 warga PDRM bersama rakan-rakan agensi serta jabatan bawah KDN.

Terdahulu, gimik pertandingan dengan mencucuh bedilan meriam telah disempurnakan oleh Dato' Sri Ayob Khan bersama Dr. Abdul Gapar dan Pengarah JLog merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan.

Seterusnya, taklimat disampaikan oleh Pegawai Lapang Sasar, DSP Barnabas Santanasamy bagi memastikan para peserta mengambil serius aspek keselamatan sepanjang acara berlangsung.

Selesai pertandingan, keputusan menyaksikan Kumpulan 1 yang diketuai oleh Dato' Sri Ayob Khan meraih tempat pertama bagi kategori "Falling Plate", diikuti Kumpulan 9, diketuai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Azry Akmar Hj. Ayob di tempat kedua, Kumpulan 10, diketuai Ketua Cawangan Agensi Penguatkuasaan (Bahagian Perisikan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SAC Mohd Raus Ab Wahab (ketiga) dan Kumpulan 3, diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim (keempat).

Bagi kategori "Centre Fire", Komander Unit Tindakhas, SAC Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berada di kedudukan pertama, diikuti Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Aidi Ismail (kedua) serta Dato' Sri Ayob Khan (ketiga).

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan PDRM RMP TV

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people and text that says '216 POLIS HARI 25M'

May be an image of 7 people and text that says 'HARI 216 POLIS BAY'

May be an image of 3 people and text that says 'UTAMAKAN KESELAMATAN 3 216 HARI POLIS 4K54 4 5 7'

May be an image of 3 people and text

ArticlePublished 19 Aug 2023 12.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM