Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 213 Tiga Hari Lagi

Published: 22 Mar 2020 9.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sarawak pada asalnya merupakan sebahagian daripada jajahan Kesultanan Melayu Brunei. Seperti Kerajaan Melaka, sistem kepolisan tradisi Melayu yang lain memainkan peranan sebagai anggota tentera dan pegawai keamanan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-213-tiga-hari-lagi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:13 MYT

Pakaian Seragam Polis Sarawak Tahun 1896.

Sarawak pada asalnya merupakan sebahagian daripada jajahan Kesultanan Melayu Brunei. Seperti Kerajaan Melaka, sistem kepolisan tradisi Melayu yang lain memainkan peranan sebagai anggota tentera dan pegawai keamanan.

Apabila James Brooke diberi kuasa memerintah Sarawak pada tahun 1842, beliau telah menubuhkan sebuah pasukan yang mempunyai dua fungsi iaitu Polis dan Tentera bagi menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak.

Pasukan Polis Sarawak dan Renjer Sarawak ditubuhkan dengan menyerap pengawal-pengawal Garrison dan kemudiannya pada tahun 1932, kedua-dua Pasukan ini disatukan dan diberi nama Sarawak Constabulary.

Kelengkapan bagi pakaian tersebut ialah:

- Topi bulat hitam berjambul
- Baju kuning lengan panjang berkocek 4
- Seluar panjang kuning
- Nombor besi dilekat pada topi
- Kasut kulit hitam

#HariPolis213
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: 2 people, people standing and text

ArticlePublished 22 Mar 2020 9.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM