
Hari Polis Ke 212 Upacara Sembahyang Khas Agama Hindu
Kuala Lumpur, 12 April 2019 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu telah mengadakan satu upacara sembahyang khas di Kuil Sri Thandayuthabani, Sentul, di sini, petang tadi.
Upacara tersebut telah diketuai oleh SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Munusamy Rengasamy merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa program pada kali ini.
Tujuan sembahyang khas tersebut diadakan adalah bagi memohon restu dan kesejahteraan daripada Dewa Murugan untuk melindungi seluruh warga Pasukan yang sentiasa menghadapi cabaran di medan penugasan.
Selain itu, ia juga bagi memberi ruang dan peluang kepada para pegawai kanan dan pegawai rendah polis untuk bersama-sama melakukan aktiviti kerohanian dengan masyarakat setempat.
Upacara yang dimulakan pada jam 2.30 petang berkenaan turut melibatkan beberapa sesi acara keagamaan dan berakhir sekitar jam 9.00 malam.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Dato’ Kumaran Karuppannan, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Shanmugamoorthy Chinniah, para pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, pegawai awam, pesara polis dan tetamu-tetamu jemputan.
Sekitar upacara Sembahyang Khas Agama Hindu di Kuil Sri Thandayuthabani, Sentul.
Sekitar upacara Sembahyang Khas Agama Hindu di Kuil Sri Thandayuthabani, Sentul.
Sekitar upacara Sembahyang Khas Agama Hindu di Kuil Sri Thandayuthabani, Sentul.
Sekitar upacara Sembahyang Khas Agama Hindu di Kuil Sri Thandayuthabani, Sentul.
Bergambar kenangan.