Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN WARGA PDRM

Diterbitkan: 28 Apr 2019 11.13 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di Gereja St. Anthony, Jalan Robertson, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-212-upacara-sembahyang-agama-kristian-mengekalkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:22 MYT
HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN WARGA PDRM
Laman Utama / Artikel / HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN WARGA PDRM
Kembali ke Pustaka
Artikel

HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan...

Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di Gereja St. Anthony, Jalan Robertson, di sini, pagi tadi.

Upacara ‘Misa Kudus’ diketuai Paderi Paroki Gereja St. Anthony, Paderi James Gebrial yang bertindak sebagai ‘Celebrant’ itu menyeru agar warga PDRM dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan mengekalkan sikap saling hormat menghormati, ikhlas, jujur serta bertolak ansur demi mengekalkan keamanan serta ketenteraman negara.

Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Dato' Tan Chong Jin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis berkata, upacara sebegini diadakan setiap tahun di gereja berlainan supaya masyarakat setempat mengenali polis dengan lebih rapat lagi sejajar dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Seri Abdul Hamid Bador turut hadir memeriahkan majlis tersebut dengan menyaksikan persembahan Unit K9 dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta melawat booth pameran dari Unit Pemusnah Bom, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Amanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
 
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, SAC Victor Sanjos, Timbalan Pengarah II Jabatan StaRT, SAC Gilberd Philip Layang, para pegawai kanan, pegawai pangkat rendah serta pegawai awam beragama Kristian.

Image may contain: 13 people, people standing, wedding and indoor
Upacara ‘Misa Kudus’ diketuai Paderi Paroki Gereja St. Anthony, Paderi James Gebrial yang bertindak sebagai ‘Celebrant'.

Image may contain: 4 people, indoor
Perarakan Bendera Malaysia dan Panji Sang Saka Biru dibawa masuk ke dalam Gereja St. Anthony.

Image may contain: 8 people, indoor
Sekitar Upacara Sembahyang Agama Kristian sempena Hari Polis Ke-212 di Gereja St. Anthony, Kuala Lumpur.
Image may contain: 8 people, crowd and indoor
Sekitar Upacara Sembahyang Agama Kristian sempena Hari Polis Ke-212 di Gereja St. Anthony, Kuala Lumpur.
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Seri Abdul Hamid Bador merasmikan booth pameran PDRM.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan.



ArtikelDiterbitkan 28 Apr 2019 11.13 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM