Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 212 Upacara Sembahyang Agama Kristian Mengekalkan

Published: 28 Apr 2019 11.13 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di Gereja St. Anthony, Jalan Robertson, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-212-upacara-sembahyang-agama-kristian-mengekalkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:24 MYT

Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di Gereja St. Anthony, Jalan Robertson, di sini, pagi tadi.

Upacara ‘Misa Kudus’ diketuai Paderi Paroki Gereja St. Anthony, Paderi James Gebrial yang bertindak sebagai ‘Celebrant’ itu menyeru agar warga PDRM dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan mengekalkan sikap saling hormat menghormati, ikhlas, jujur serta bertolak ansur demi mengekalkan keamanan serta ketenteraman negara.

Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Dato' Tan Chong Jin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis berkata, upacara sebegini diadakan setiap tahun di gereja berlainan supaya masyarakat setempat mengenali polis dengan lebih rapat lagi sejajar dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Seri Abdul Hamid Bador turut hadir memeriahkan majlis tersebut dengan menyaksikan persembahan Unit K9 dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta melawat booth pameran dari Unit Pemusnah Bom, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Amanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
 
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, SAC Victor Sanjos, Timbalan Pengarah II Jabatan StaRT, SAC Gilberd Philip Layang, para pegawai kanan, pegawai pangkat rendah serta pegawai awam beragama Kristian.

Image may contain: 13 people, people standing, wedding and indoor
Upacara ‘Misa Kudus’ diketuai Paderi Paroki Gereja St. Anthony, Paderi James Gebrial yang bertindak sebagai ‘Celebrant'.

Image may contain: 4 people, indoor
Perarakan Bendera Malaysia dan Panji Sang Saka Biru dibawa masuk ke dalam Gereja St. Anthony.

Image may contain: 8 people, indoor
Sekitar Upacara Sembahyang Agama Kristian sempena Hari Polis Ke-212 di Gereja St. Anthony, Kuala Lumpur.
Image may contain: 8 people, crowd and indoor
Sekitar Upacara Sembahyang Agama Kristian sempena Hari Polis Ke-212 di Gereja St. Anthony, Kuala Lumpur.
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Seri Abdul Hamid Bador merasmikan booth pameran PDRM.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan.



ArticlePublished 28 Apr 2019 11.13 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM