Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2026 Majlis Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat Mohon Keberkatan Sambutan

Diterbitkan: 30 Jul 2026 1.08 PM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia hadir ke majlis yang dimulakan dengan solat fardhu Asar berjemaah, disusuli bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat pimpinan Imam Besar Masjid Negara, Dr. Amru Alhaz Adnan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2026-majlis-bacaan-yasin-tahlil-dan-doa-selamat-mohon-keberkatan-sambutan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026 yang diadakan di Masjid Negara, di sini petang tadi bagi memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT agar perjalanan sambutan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok berjalan lancar.

Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia hadir ke majlis yang dimulakan dengan solat fardhu Asar berjemaah, disusuli bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat pimpinan Imam Besar Masjid Negara, Dr. Amru Alhaz Adnan.

Antara yang hadir mengimarahkan majlis ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Hj. Md Othman, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Muhamad Norazlan Aris TUDM, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohd Azani Omar.

Bacaan doa dipanjatkan bagi memohon kesejahteraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, seterusnya memohon keampunan dan rahmat Allah SWT buat para pahlawan negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan tanah air, di samping mendoakan kesejahteraan warga pasukan keselamatan yang masih berkhidmat.

Penganjuran majlis itu merupakan antara pengisian utama sambutan sebagai tanda penghormatan terhadap jasa, pengorbanan dan perjuangan anggota pasukan keselamatan, di samping menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi hari ini.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of headscarf and text that says '@HAK MILIK PDRRM @MAK-MILIKPDRM RM'

No photo description available.

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of headscarf and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, headscarf, dais and text that says 'HAKM HAK PORM'

May be an image of dais and text

ArtikelDiterbitkan 30 Jul 2026 1.08 PMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM