Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2024 Timbalan Kpn Hadir Majlis Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat

Published: 01 Aug 2024 3.37 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 yang diadakan di Masjid Negara dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2024-timbalan-kpn-hadir-majlis-bacaan-yasin-tahlil-dan-doa-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:17 MYT
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 yang diadakan di Masjid Negara dekat sini, hari ini.
Turut kelihatan di majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar bersama Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Majlis dimulakan dengan bacaan yasin diikuti bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni.
Ia bertujuan bagi memohon keberkatan Yang Maha Esa dan menghargai jasa wira-wira negara yang telah gugur ketika mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air yang tercinta.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), para perwakilan negara asing serta warga kerja PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 01 Aug 2024 3.37 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM