Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2021 Program Jejak Perwira Iii

Published: 07 Aug 2021 9.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ikuti kisah wira negara, Sub Inspektor (Bersara) Mohd Mashkor Muradi (P.G.B.) menerusi Facebook Rasmi Jabatan Pengurusan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2021-program-jejak-perwira-iii
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:26 MYT
Bersempena Sambutan Peringatan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai lalu, Jabatan Pengurusan membawakan kepada anda Program Jejak Perwira dengan memaparkan sejarah serta menyantuni pahlawan negara yang telah bersara dan masih hidup di seluruh Malaysia.

Program inisiatif Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass tersebut bertujuan mengenang pengorbanan dan jasa-jasa warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta.

Semoga dengan adanya siri kisah keperwiraan para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan merangkumi Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.), Panglima Gagah Berani (P.G.B.) dan Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) ini akan menjadikan kita lebih menghargai nilai jasa dan pengorbanan wira-wira negara PDRM yang sanggup mempertaruhkan jiwa serta raga mereka kepada negara dicintai, Malaysia.

Ikuti kisah wira negara, Sub Inspektor (Bersara) Mohd Mashkor Muradi (P.G.B.) menerusi Facebook Rasmi Jabatan Pengurusan.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

ArticlePublished 07 Aug 2021 9.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM