
Hari Pahlawan 2021 Legasipejuangseragambiru
Bersempena Sambutan Peringatan Hari Pahlawan yang akan disambut pada 31 Julai setiap tahun, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Muzium Polis Diraja Malaysia membawakan kepada anda siri #LegasiPejuangSeragamBiru yang pernah dikeluarkan menerusi Portal dan Media Sosial Rasmi PDRM bermula 1 Julai 2019.
Dikesempatan ini, kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama mengenali dengan lebih dekat warga Pasukan yang nama mereka telah terpahat dalam lipatan sejarah negara sebagai wira negara mempertahankan keselamatan dan keamanan negara sehingga dianugerahkan pingat serta bintang tertinggi negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Semoga dengan adanya siri kisah keperwiraan para penerima Bintang Kehormat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.), Pingat Keberanian Panglima Gagah Berani (P.G.B.) dan Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) ini akan menjadikan kita lebih menghargai nilai jasa dan pengorbanan wira-wira negara PDRM yang sanggup mempertaruhkan jiwa serta raga mereka kepada negara dicintai, Malaysia.
Ikuti kisah wira-wira negara menerusi pautan https://www.facebook.com/media/set/… bagi mengetahui lebih lanjut.
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”