Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2021 Jejak Perwira Lawatan Menyantuni Penerima Darjah Dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan 20210825

Published: 25 Aug 2021 8.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato' Sanusi Sidek hari ini meluangkan masa menyantuni penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi katogeri pesara yang masih hidup, melalui Program Jejak Perwira sempena Sambutan Hari Pahlawan 2021.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2021-jejak-perwira-lawatan-menyantuni-penerima-darjah-dan-bintang-gagah-perkasa-persekutuan-20210825
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato' Sanusi Sidek hari ini meluangkan masa menyantuni penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara yang masih hidup, melalui Program Jejak Perwira sempena Sambutan Hari Pahlawan 2021.

Lawatan kebajikan tersebut melabuhkan tirainya di sekitar Lembah Klang dengan menziarahi pesara Sarjan Haji Mohd Aziz Mohd Yusoff di kediamannya yang terletak di Taman Koperasi Polis, Batu Caves, Selangor. Pogram Jejak Perwira akan diteruskan ke enam kontinjen lain iaitu Perlis, Perak, Melaka, Johor, Kelantan dan Sarawak.

Dalam lawatannya, Dato' Sanusi yang diiringi Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara), Jabatan Pengurusan, ACP Puan Siti Dalila Mohd Yasin turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam menjaga kebajikan warganya terutamanya golongan pesara.

Kini di usia 74 tahun, pesara Sarjan Haji Mohd Aziz merupakan salah seorang ikon sejarah perjuangan yang masih hidup dan pernah mempertahankan keselamatan serta keamanan negara bersama rakan-rakannya, suatu ketika dahulu.

Semoga Tuan Haji Mohd Aziz dan semua pesara polis sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan serta sentiasa beroleh kebaikan di dunia dan akhirat. Terima kasih dari kami, seluruh warga PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 2 people, indoor and text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of one or more people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 1 person, sitting, indoor and text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be art of indoor

May be an image of indoor
ArticlePublished 25 Aug 2021 8.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM