Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2019 Tazkirah Jumaat

Published: 13 Sep 2019 8.40 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
SEBENAR-BENAR JIHAD Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya: wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2019-tazkirah-jumaat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:20 MYT

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi,

SEBENAR-BENAR JIHAD

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya: wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :

1. Sebenar-benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah SWT serta membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai-Nya.

2. Islam menuntut umatnya menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran.

#TazkirahJumaat
Image may contain: text

ArticlePublished 13 Sep 2019 8.40 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM