Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2019 Agong Hadiri Majlis Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat

Diterbitkan: 18 Sep 2019 2.55 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 18 September 2019 - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2019-agong-hadiri-majlis-bacaan-yasin-tahlil-dan-doa-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:29 MYT

Kuala Lumpur, 18 September 2019 - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, di sini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohd Ali serta Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Majlis berkenaan dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Haji Ismail Haji Muhammad, yang dimulakan dengan solat fardhu Maghrib diikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat diikuti solat fardhu Isyak.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai jasa pahlawan-pahlawan yang telah gugur demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air serta titipan doa kepada petugas-petugas benteng pertahanan negara. 

Turut hadir Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu dan isteri, Puan Normah Alwi, barisan Pengarah PDRM, Warga PDRM dan Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Image may contain: 3 people, people sitting
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Haji Ismail Haji Muhammad.

Image may contain: 18 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Haji Ismail Haji Muhammad.

Image may contain: 6 people, people standing and hat
Sekitar solat fardhu Maghrib berjemaah di Masjid Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Haji Ismail Haji Muhammad.

Image may contain: 5 people, people sitting
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Haji Ismail Haji Muhammad.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Haji Ismail Haji Muhammad.

ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2019 2.55 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM